blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

ManggaAD

PENGUMUMAN PERLETAKKAN JAWATAN

Tuesday, December 7, 2010
Dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim saya MOHD KHAIRUL HAIRI BIN YUNUS ingin mengumumkan bahawa saya ingin MELETAKKAN SEMUA JAWATAN SAYA di dalam KB UNITED FC berkuatkuasa serta merta.

Bermula daripada tarikh ini saya tiada kaitan lagi dengan KB UNITED FC dan sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan KB UNITED FC tidak lagi di bawah bidang kuasa saya dan juga bukan lagi di bawah tanggungjawab saya.

Dengan ini saya berharap selepas apa-apa yang berlaku dengan KB UNITED FC tidak boleh dikaitkan dengan saya lagi.

Yang Benar,
MOHD KHAIRUL HAIRI BIN YUNUS

Read Full 0 comments

Training KB United FC bermula 11 Oktober 2010

Friday, October 8, 2010

PENGUMUMAN KHAS untuk semua pemain-pemain KB United FC, adalah dengan ini dimaklumkan Daily Training KB UNITED FC akan bermula pada 11 Oktober 2010 yakni hari Isnin ini, Tempat dan waktu yang sama.

KB UNITED FC mengharapkan semua pemain-pemainya dapat hadir ke training tersebut demi meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan kita demi masa depan pemain-pemain juga. Untuk rekod kehadiran pemain-pemain kita ke training sejak akhir-akhir ini tidak memuaskan ini satu perkara tidak sepatutnya terjadi demi semangat kita untuk melahirkan kejayaan yang gemilang bukan sahaja buat KB UNITED FC malah untuk diri anda sendiri.

Pada kesempatan ini juga KB UNITED FC berkemungkinan besar akan mengadakan kerjasama dengan pihak Akademi Soccer KIDS dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sekiranya persetujuan dicapai maka masa depan pemain-pemain kita adalah lebih cerah.

Dengan ini pihak KB UNITED FC menaruhkan harapan agar semua pemain-pemain dapat menghadirkan diri ke setiap training yang bakal dijalankan minggu hadapan. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan.
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

Training KB United FC 29 September 2010

Tuesday, October 5, 2010


SETELAH bercuti beberapa lama kerana datangnya bulan Ramadhan AL-Mubarak dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri, kini KB United FC telah memulakan sesi latihan hariannya bertempat di Padang Bola Belakang Kilang Mancis, Kota Bharu, Kelantan.

Ramai juga pemain-pemain KB United FC yang hadir, cuma pemain-pemain KB United FC yang terlibat dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja yang tidak datang kerana menumpukan kepada menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu.

Latihan dijalankan sebagaimana biasa pada hari ini cuma berlaku penambahan dari segi 'tactical training' dalam masa yang sama KB United FC sedang berusaha untuk memantapkan pemain-pemainya bagi menjayakan visi dan misi kelab ini untuk bergelar juara suatu hari nanti.

Dari pihak pengurusan KB United FC meminta kerjasama para pemain KB United FC untuk memastikan kehadiran mereka penuh sewaktu latihan harian(training) dijalankan. Ini untuk kebaikkan pemain-pemain itu sendiri.
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

Training KB United FC Akan Bermula Petang Ini

Sunday, September 26, 2010

TRAINING Harian KB United FC dijadualkan bermula pada petang ini(27 September 2010) di Padang Bola Belakang Kilang Mancis Sungai Keladi (Padang Sawa) di mana latihan harian sebelum ini telah dijalankan di padang ini. Latihan ini merupakan permulaan musim pertama pembukaan selepas bercuti selama sebulan lebih kerana kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak diekori dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada petang ini latihan akan bermula seperti biasa, sepertimana latihan harian yang dijalankan sebelum puasa baru-baru ini. KB United FC juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana telah memberikan khidmat potong rumput untuk padang latihan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada mereka.

KB United FC juga mengalu-alukan kedatangan pemain-pemain baru kami untuk menjalani sesi latihan yang bermula pada petang ini (27 September 2010) dan turut membuka pintu seluas-luas kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemain KB United FC, sila hadir ke padang untuk latihan.

KB United FC juga ingin mengucapkan Selamat Kembali Menjalani Latihan kepada semua pemain-pemain KB United FC. Terima kasih di atas sumbangan anda kepada KB United FC sebelum ini.
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

KB UNITED FC Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Wednesday, September 8, 2010


KB UNITED FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua pemain-pemain yang masih setia bersama KB United FC sehingga ke hari ini. Maaf dipinta sekiranya sepanjang mereka bermain dengan KB United FC ada salah dan silap yang kami buat terhadap mereka.

KB UNITED FC juga ingin mengumumkan bahawa training harian KB UNITED FC akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan tarikh dan waktu akan ditetapkan kemudian dan berkemungkinan ianya selepas program percutian Pemain KB United FC.

Di kesempatan ini juga KB UNITED FC ingin menyeru kepada para pemain supaya meningkatkan prestasi mereka selepas ini selain terus mempertingkatkan tahap disiplin mereka agar selepas ini kita akan menjadi sebuah kelab bola sepak yang terkuat di Kota Bharu khasnya dan di Kelantan amnya.

Mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri ini kita akan mungkin akan menghadapi lebih banyak lagi Kejohanan-Kejohanan yang bakal disertai oleh kita. Marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan Kelab Kita....
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

Training KB United FC 2.08.2010

Monday, August 2, 2010

SEPERTI biasa hari ini pemain-pemain KB United FC menjalankan latihan harian di padang belakang Kilang Mancis, Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan. Latihan harian pada hari ini kedatangnya kurang memuaskan mungkin disebabkan oleh ramai pemain-pemain KB United FC menghadapi peperiksaan.

Walaubagaimanapun latihan harian tetap diteruskan walaupun kekurangan pemain yang hadir untuk latihan. Jurulatih KB United FC ternyata berpuas hati dengan prestasi latihan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain yang hadir pada latihan tersebut.

Pelbagai jenis latihan bola sepak dalam bentuk 'taktikal' dijalankan semasa latihan pada hari ini. Kebanyakkan latihan-latihan tersebut telah dirakam dan di muat naik ke halaman youtube di dalam Channel KB United FC.

Berikut ialah antara Video-Video yang dirakam semasa latihan kelmarin:





















Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI ANJURAN MAJLIS BELIA DAERAH BESUT

Saturday, July 31, 2010

KB UNITED FC telah menyertai satu Kejohanan Bola Sepak Pantai yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Besut, kejohanan itu berlangsung di Pantai Peranginan Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain KB United FC amatlah membanggakan, sungguhpun gagal ke peringkat akhir tetapi ia tetap dapat memuaskan hati jurulatihnya, tambahan pula berlaku kejutan, kerana satu-satunya pasukan yang dianggotai oleh kanak-kanak mendapat perhatian yang sungguh membanggakan.

KB UNITED FC telah merakam video semasa perlawanan team tersebut berlangsung yang boleh diikuti di bawah:




Read Full 0 comments
 

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks