blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Friday, October 8, 2010

Training KB United FC bermula 11 Oktober 2010


PENGUMUMAN KHAS untuk semua pemain-pemain KB United FC, adalah dengan ini dimaklumkan Daily Training KB UNITED FC akan bermula pada 11 Oktober 2010 yakni hari Isnin ini, Tempat dan waktu yang sama.

KB UNITED FC mengharapkan semua pemain-pemainya dapat hadir ke training tersebut demi meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan kita demi masa depan pemain-pemain juga. Untuk rekod kehadiran pemain-pemain kita ke training sejak akhir-akhir ini tidak memuaskan ini satu perkara tidak sepatutnya terjadi demi semangat kita untuk melahirkan kejayaan yang gemilang bukan sahaja buat KB UNITED FC malah untuk diri anda sendiri.

Pada kesempatan ini juga KB UNITED FC berkemungkinan besar akan mengadakan kerjasama dengan pihak Akademi Soccer KIDS dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sekiranya persetujuan dicapai maka masa depan pemain-pemain kita adalah lebih cerah.

Dengan ini pihak KB UNITED FC menaruhkan harapan agar semua pemain-pemain dapat menghadirkan diri ke setiap training yang bakal dijalankan minggu hadapan. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan.
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks