blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, October 5, 2010

Training KB United FC 29 September 2010



SETELAH bercuti beberapa lama kerana datangnya bulan Ramadhan AL-Mubarak dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri, kini KB United FC telah memulakan sesi latihan hariannya bertempat di Padang Bola Belakang Kilang Mancis, Kota Bharu, Kelantan.

Ramai juga pemain-pemain KB United FC yang hadir, cuma pemain-pemain KB United FC yang terlibat dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja yang tidak datang kerana menumpukan kepada menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu.

Latihan dijalankan sebagaimana biasa pada hari ini cuma berlaku penambahan dari segi 'tactical training' dalam masa yang sama KB United FC sedang berusaha untuk memantapkan pemain-pemainya bagi menjayakan visi dan misi kelab ini untuk bergelar juara suatu hari nanti.

Dari pihak pengurusan KB United FC meminta kerjasama para pemain KB United FC untuk memastikan kehadiran mereka penuh sewaktu latihan harian(training) dijalankan. Ini untuk kebaikkan pemain-pemain itu sendiri.
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks