blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Sunday, September 26, 2010

Training KB United FC Akan Bermula Petang Ini


TRAINING Harian KB United FC dijadualkan bermula pada petang ini(27 September 2010) di Padang Bola Belakang Kilang Mancis Sungai Keladi (Padang Sawa) di mana latihan harian sebelum ini telah dijalankan di padang ini. Latihan ini merupakan permulaan musim pertama pembukaan selepas bercuti selama sebulan lebih kerana kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak diekori dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada petang ini latihan akan bermula seperti biasa, sepertimana latihan harian yang dijalankan sebelum puasa baru-baru ini. KB United FC juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana telah memberikan khidmat potong rumput untuk padang latihan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada mereka.

KB United FC juga mengalu-alukan kedatangan pemain-pemain baru kami untuk menjalani sesi latihan yang bermula pada petang ini (27 September 2010) dan turut membuka pintu seluas-luas kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemain KB United FC, sila hadir ke padang untuk latihan.

KB United FC juga ingin mengucapkan Selamat Kembali Menjalani Latihan kepada semua pemain-pemain KB United FC. Terima kasih di atas sumbangan anda kepada KB United FC sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks