blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Wednesday, September 8, 2010

KB UNITED FC Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H



KB UNITED FC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua pemain-pemain yang masih setia bersama KB United FC sehingga ke hari ini. Maaf dipinta sekiranya sepanjang mereka bermain dengan KB United FC ada salah dan silap yang kami buat terhadap mereka.

KB UNITED FC juga ingin mengumumkan bahawa training harian KB UNITED FC akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan tarikh dan waktu akan ditetapkan kemudian dan berkemungkinan ianya selepas program percutian Pemain KB United FC.

Di kesempatan ini juga KB UNITED FC ingin menyeru kepada para pemain supaya meningkatkan prestasi mereka selepas ini selain terus mempertingkatkan tahap disiplin mereka agar selepas ini kita akan menjadi sebuah kelab bola sepak yang terkuat di Kota Bharu khasnya dan di Kelantan amnya.

Mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri ini kita akan mungkin akan menghadapi lebih banyak lagi Kejohanan-Kejohanan yang bakal disertai oleh kita. Marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan Kelab Kita....
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks