blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

ManggaAD

Training KB United FC 22.06.2010

Friday, June 25, 2010
PADA HARI ini seperti biasa para pemain KB United FC menjalankan latihan rutin di Padang Bola Belakang Kilang Mancis Sungai Keladi, Kota Bharu Kelantan. Latihan pada hari ini mungkin membuatkan pemain letih sedikit namun ianya berbaloi untuk para pemain KB United.



Latihan pada hari ini ditamatkan pada jam tujuh petang. Latihan yang bermula pada pukul 5.30 petang itu menutup tirainya pada pukul tujuh petang.



Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

KB United Menyertai Kejohanan Bola Sepak Pantai

Monday, June 21, 2010

KB United FC akan menghantar para pemainnya untuk beraksi di Kejohanan Bola Sepak Pantai Anjuran Majlis Belia Daerah Besut. Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung di Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu pada 25 Jun 2010 (Jumaat).

KB UNITED mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu tampil sebagai penaja kepada Pasukan Kami. Sebarang bentuk tajaan adalah diterima kerana sememangnya kami memerlukan penajaan untuk meneruskan misi-misi kami untuk melahirkan ramai pemain bola sepak yang berbakat.

Bagi yang berminat untuk menjadi penaja kami sila hubungi En. Mat Rela di talian 010-5294125 atau En. Mohd Khairul Hairi di talian 016-984 7151, Hubungi sekarang!.

Sekian dimaklumkan terima kasih di atas sokongan anda semua.
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments

KB United Tewas Di Suku Akhir

Sunday, June 13, 2010

KUBANG KERIAN - 12 Jun 2010 Pasukan Bola Sepak KB United FC tewas semasa perlawanan suku akhir berlangsung di Padang Bola Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, KB United ditewaskan oleh Zon Selamat FC. Di mana Zon Selamat berjaya mendapatkan dua jaringan gol manakala KB United FC hanya berjaya menjaringkan satu gol.

Dengan tertewasnya KB United ini bermakna Zon Selamat FC telah pun berjaya menyekat Kemaraan KB United untuk meneruskan misinya di Separuh Akhir. Walaubagaiamanapun bagi Pengurus dan Jurulatih KB United kejayaan berentap di Suku akhir adalah satu perkara yang boleh dibanggakan memandangkan ini adalah Kejohanan Sulung bagi KB United.

KB United sedang mempertimbangkan untuk menyertai satu lagi kejohanan yang bakal di adakan di SK Kedai Buluh 2, Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. Buat masa ini belum ada lagi apa-apa keputusan yang bakal di buat.

Pengurus dan Jurulatih KB United mendoakan agar pemain-pemainnya akan terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dalam kejohanan yang akan datang.
Enhanced by Zemanta
Read Full 0 comments
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks