blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Sunday, June 13, 2010

KB United Tewas Di Suku Akhir


KUBANG KERIAN - 12 Jun 2010 Pasukan Bola Sepak KB United FC tewas semasa perlawanan suku akhir berlangsung di Padang Bola Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, KB United ditewaskan oleh Zon Selamat FC. Di mana Zon Selamat berjaya mendapatkan dua jaringan gol manakala KB United FC hanya berjaya menjaringkan satu gol.

Dengan tertewasnya KB United ini bermakna Zon Selamat FC telah pun berjaya menyekat Kemaraan KB United untuk meneruskan misinya di Separuh Akhir. Walaubagaiamanapun bagi Pengurus dan Jurulatih KB United kejayaan berentap di Suku akhir adalah satu perkara yang boleh dibanggakan memandangkan ini adalah Kejohanan Sulung bagi KB United.

KB United sedang mempertimbangkan untuk menyertai satu lagi kejohanan yang bakal di adakan di SK Kedai Buluh 2, Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. Buat masa ini belum ada lagi apa-apa keputusan yang bakal di buat.

Pengurus dan Jurulatih KB United mendoakan agar pemain-pemainnya akan terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dalam kejohanan yang akan datang.
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

© Black Newspaper Copyright by KB United F.C. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks